ranjau sepanjang jalan...salah satu novel karya sasterawan negara Shahnon Ahmad...ku pinjam judul itu untuk ku sematkan dalam ruangan ini...judul yang bakal melakar makna di sebalik semua ranjau yang telah ku lalui dalam sebuah perjalanan...perjalanan untuk sampai ke tahap sekarang ini...perjalanan untuk bergelar seorang guru pelatih di sebuah institut pendidikan guru yang terkemuka...
bermula sebagai seorang anak kecil yang tinggal di sebuah kampung dan bersekolah di sebuah sekolah yang terletak di kampung itu...siapa sangka anak kecil itu boleh membesar dan berjaya menjadi insan yang bakal mencurah khidmat dan bakti buat anak bangsa yang lain...perjalanan yang dimulakan dengan liku dan ranjau yang perit...berbekalkan keazaman untuk tidak terus mewarisi kejahilan dan kemiskinan itu...aku nekad untuk terus berjaya...tidak ku hirau badai yang datang menghalang citaku..
dahulu...aku dan keluargaku hidup dalam kesempitan...bayangkan seorang ibu tunggal membesarkan enam orang anak yang masih kecil dan semuanya masih di bangku sekolah lagi...sememangnya sukar untuk kami sekeluarga untuk hidup dengan mewah...walau sedikit sahaja...namun kasih sayang yang ibu curahkan mengatasi segala kekurangan itu....

alhamdulillah...kini...semuanya sudah berubah....keperitan hidup itu sudah pergi meninggalkan kami sekeluarga...kejayaan demi kejayaan telah berjaya kami lakar adik-beradik...dan aku akan melakar kejayaan terakhir itu kelak...insya-ALLAH...jika hendak dibandingkan dengan adik-beradik ku yang lain...aku boleh dikatakan antara yang beruntung kerana hari-hari persekolahan ku di peringkat menengah dan tinggi tidaklah sesukar hari-hari mereka dulu...aku boleh saja menuntut ilmu dengan tenang dan mudah kerana abang kakak ku yang lain telah berjaya dan boleh menanggung perbelanjaan pengajian ku...ku ingat lagi keperitan mereka dahulu...terpaksa mengikat perut dan berjimat cermat kerana tika itu ibu belum lagi mampu untuk menghulurkan wang perbelanjaan yang cukup kerana terpaksa membahagikan wang itu kepada keenam-enam anaknya yang sedang bersekolah...
sejak dari kecil lagi...aku memang sudah terdidik untuk hidup berdikari...segala-galanya ku lakukakan sendiri tanpa mengaharapkan bantuan orang lain...di dalam jiwa ku ini sudah tersemat kukuh prinsip hidup yang begitu utuh menjadi pegangan ku..."jikalau kita mampu lakukan sendiri, mengapa perlu diharapkan bantuan orang lain..." mungkin prinsip inilah yang membuatkan semua ranjau yang mewarnai perjalanan ku selama ini dapat aku hadapi...
ingatlah..apa yang terjadi...berjalanlah tanpa henti...kerana di hujung perjalanan itu pasti ada cahaya kebahagiaan yang menanti...walau gelap mana pun perjalanan yang terpaksa dilalui...berjalanlah dengan yakin...kelak akan ditemui sinar bahagia itu...