-->

SeGaLaNya Di SiNi...^_^

Di SiNi kU MeLaKaR KaTa-KaTa...Di SiNi kU LuaH RaSa HaTi...

KaTa iTu iNDaH...

KaDaNg KaLa kiTa keCeWa DaN BeRseDiH TiKa TuHaN TuRuNkaN HuJaN TiKa TeRik MeNTaRi...TeTaPi KeTaHuiLaH BaHaWa TuHaN seBeNaRnYa iNgiN MeNgHaDiaHkaN kiTa PeLaNgi YaNg LeBiH iNDaH kePaDa kiTa...JaDi...uSaH BeRseDiH...

PeNyeRikU....


LaTaRkU...

WeLcOme...!!!


Saturday, April 23

BiLa kU iMBas KeMBaLi...(siRi 1)

bila ku imbas kembali...aku terkenang semula kenangan di kala usia masih rebung...di kala dunia segala indah bagiku...di kala itu tidak ada satu pun perkara yang membuatkan otak juga fikiran ku sarat dengan permasalahan...segala-galanya indah dan ceria buatku...ku ingat lagi tika aku masih kecil...semuanya sempurna bagiku meskipun ada insan lain yang lebih sempurna dan hidup dengan mewah daripada diri ku ini...

masih ku ingat lagi...dahulu aku pernah menjadi kebanggaan ibu...menjadi kebanggaan keluarga...kerana di waktu kecilku aku boleh dikatakan anak kecil yang berbakat...meskipun tidak berbakat besar...tetapi cukuplah sekadar menjadi yang terbaik dalam kalangan teman sepermainanku yang lain...benar...buktinya aku telah dinobatkan sebagai tokoh murid di sekolah ku tika aku menamatkan persekolahan di bangku sekolah rendah...alhamdulillah...bukan itu yang ku cari sebenarnya...bukan pujian dan pengiktirafan itu yang ku pinta sebenarnya...tapi cukuplah melihat ibu tersenyum dan membuatkan ibu menitiskan air mata kegembiraan pabila aku berjaya berdiri di atas pentas sekolah sebagai tokoh murid yang berjaya...itulah yang sebenarnya aku inginkan...itulah sebenarnya yang aku ingin buktikan...anak kecil yang tidak pernah merasakan kasih sayang seorang ayah juga boleh berjaya....ibu tunggal yang kematian suami juga boleh mendidik anaknya untuk berjaya...
 
kenangan-kenangan di waktu kecilku bermain-main di ingatanku...semuanya masih segar dalam lubuk sanubariku...tak kan aku lupakan sepanjang hidupku...kenangan-kenangan itulah yang membuatkan aku membesar dan tumbuh menjadi seorang gadis yang kuat dan tegar akan semua cabaran yang mendatang...kasih sayang dan tunjuk ajar ibu yang begitu kuat meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anaknya dengan kudrat tulang empat kerat membuatkan aku juga ingin menjadi seperti ibu...kuat dan tabah...

ku ingat lagi ketika aku berjaya terpilih untuk menyertai pertandigan bercerita kisah-kisah nabi dalam Majlis Tadarus al-Quran (MTQ)...antara kenangan manis yang menghiasi hari-hari ku tika di bangku sekolah...perjalanan menuju kejayaan itu sememangnya tidak mudah dan harus dipenuhi dengan keringat dan usaha daripada kita yang inginkan kejayaan itu...ku ingat lagi liku-liku yang terpaksa aku hadapi bersama seorang ustazah ku yang begitu bertanggungjawab dan prihatin terhadap diriku dan dialah tonggak kejayaan itu...bermula daripada peringkat bawah...sedikit demi sedikit kami terus mengorak langkah mendaki peringkat yang lebih tinggi...sesungguhnya usaha itu tidak pernah dipersiakan...akhirnya aku berjaya...dan kejayaan itu menjadi kebanggaan yang lain...


buat ustazah ku yang telah lama tidak ku bersua muka...terima kasih untuk segalanya...memori bersama dengan mu sentiasa ku kenang...semoga ustazah hidup dengan bahagia dan aman...insya-ALLAH...anak didikmu ini sentiasa mendoakan dirimu...

KaTa iTu iNDaH ^_^

DiLaKaR oLeH iNsaN BiaSa... at 10:15 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 YaNg BerkaTa:

Post a Comment

Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

DeTik2x iTu...

Daisypath Happy Birthday tickers

aKaN kU geNggaM...

Daisypath Graduation tickers

CeRiTa HaTi...




Gratisan Musik





Heart Chat Bubble

MaSa iTu eMas...

YaNg MeLaKaR KaTa...

My photo
iNsaN BiaSa...
aku insan biasa yang hidup di muka bumi ini...sekadar melakar kata...meluah rasa hati...terkasar bahasa tersalah kata harap dimaafkan...=)
View my complete profile

MuKa BuKu SaYa

Haslinda Baadu

Create Your Badge

KaTa YaNg TeLaH kU LaKaR...RaSa YaNg TeLaH kU LuaH...

  • ►  2012 (4)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (6)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
    • ▼  April (4)
      • RaNJaU sePaNJaNg JaLaN...
      • BiLa kU iMBas KeMBaLi...(siRi 1)
      • KeLuaRga BaRu...
      • BeRMuLa LaGi...

BeRsaMa MeLaKaR KaTa...

MeNgiNTai KaTa

MeReKa JuGa MeLaKaR KaTa

  • Fatheen Afiqah
    Dirty Grandpa (2016)
    9 years ago
  • Itik Bertelur
    9 years ago
  • Be Noty But Not In Stupidity
    Aku Ingin Pulang
    10 years ago
  • Teacher Jieba
    ECONOMIC husband... :P
    12 years ago

YaNg SuDi BeRsaMa...

BiNTaNg HaTi...

Copyright© All Rights Reserved kumelakarkata.blogspot.com