pejam celik pejam celik
pantas sahaja masa yang berlalu
meninggalkan kita yang sering leka dan alpa
meninggalkan seribu satu kenangan
ada yang manis untuk dikenang
dan ada juga yang pahit untuk ditelan
tak ku sedar detik waktu yang berlalu
menjadikan aku lebih dewasa mengenal erti kehidupan
mengajar aku makna perjuangan
di luar sana mahupun di dalam ini telah kulalui semuanya
tak ku sedar detik waktu yang berlalu
itu dan ini sudah lama berlalu
kini diriku bukan yang dulu lagi
semalam pasti tak sama hari ini
walau gelap cahaya semalam
namun hari ini masih ada harapan untuk cahaya kembali bersinar
detik waktu yang berlalu
pasti tak dapat kembali lagi
sekali ia pergi selamanya ia pergi
tak ada salahnya menoleh ke belakang untuk kita mencari sinar pengajaran
namun jangan sekali kembali ke belakang
untu diulang kesilapan semalam
pandanglah ke hadapan dan teruskan langkahmu
hargai detik ini kerana detik ini juga akan menjadi detik waktu yang berlalu
0 YaNg BerkaTa:
Post a Comment