-->

SeGaLaNya Di SiNi...^_^

Di SiNi kU MeLaKaR KaTa-KaTa...Di SiNi kU LuaH RaSa HaTi...

KaTa iTu iNDaH...

KaDaNg KaLa kiTa keCeWa DaN BeRseDiH TiKa TuHaN TuRuNkaN HuJaN TiKa TeRik MeNTaRi...TeTaPi KeTaHuiLaH BaHaWa TuHaN seBeNaRnYa iNgiN MeNgHaDiaHkaN kiTa PeLaNgi YaNg LeBiH iNDaH kePaDa kiTa...JaDi...uSaH BeRseDiH...

PeNyeRikU....


LaTaRkU...

WeLcOme...!!!


Thursday, May 3

...HaTi iNi MeNaNgis Lagi..

duhai hati...
usahlah kau menangis lagi tatkala melihat dia bahagia di samping yang lain...
jika benar dia sudah mengecapi bahagia bersama insan itu...
bertenang lah wahai hati...

duhai hati...
cukuplah sudah kamu menangis...
sedarkanlah diri ini bahawa aku bukan siapa-siapa pada dia...
 redha lah wahai hati...

duhai hati...
aku tahu kau sengsara dengan sandiwara ini...
aku tahu engkau mendung di balik awan yang berarak...
tapi ingat lah wahai hati pelangi akan bersinar jua tika hujan berhenti menitiskan mutiaranya...
sabar lah wahai hati...

duhai hati...
janganlah engkau sematkan perasaan benci mahupun dendam padanya...
titipkan lah doa padanya semoga dia terus bahagia di samping insan dipilihnya...
pasrah lah wahai hati...

duhai hati...
aku mohon cukuplah bermuram durja...
hidup ini masih banyak yang perlu ditempuh...
kesatlah air matamu wahai hati...
berhenti lah menangis wahai hati...

"Ya ALLAH, ya Tuhanku, aku mohon kuatkan lah hati ku menempuh dugaan ini. Jangan biarkan aku terus hanyut dalam kedukaan ini. Redhakan lah hati ku dengan apa yang sudah tersurat oleh Mu ya ALLAH. Namun, jika benar dia milikku satukanlah hati ku dengan hatinya. Namun, jika tidak redhakan hati hamba ya ALLAH. Amin Ya Rabbal alamin." =')

KaTa iTu iNDaH ^_^

DiLaKaR oLeH iNsaN BiaSa... at 9:47 PM 1 YaNg BerkaTa
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, March 5

DuLu daN KiNi...SeRuPa TaPi TaK SaMa...

15 November 2004...tarikh aku melangkah keluar dari sekolah itu untuk masuk ke tingkatan...waktu dan detik kanak-kanak ku berkisarkan sekolah itu...banyak tawa dan tangis yang telah ku luah di sekolah itu...ilmu...bakat...keyakinan...semuanya ku dapat darinya...wajah-wajah di sekolah itu terlukis indah dalam sanubari ini...suara-suara mereka masih terngiang-ngiand di cuping ku...suara-suara nasihat, teguran, pujian mahupun larangan...simpang belok sekolah itu sudah sebati dengan iringan langkah ku...

kini...05 Mac 2012...aku kembali lagi ke sekolah itu...status dan gelaran sudah bertukar...aku datang bukan lagi sebagai seorang murid tapi seorang guru...bukan lagi sebagai penuntut ilmu tetapi sebagai penyalur ilmu...sekolah itu masih lagi mahu menerima diri ini...masih ada wajah-wajah yang kukenali...masih serupa tapi tak sama dek mamahan usia...aku kini duduk sebaris dengan mereka...tiada kata-kata yang mampu ku gambarkn tika itu...

sekolah itu...dulu dan kini...serupa tapi tak sama...ada yang masih tetap kekal di sana...namun ada juga yang sudah berubah...sekolah itu..dulu...tempat ku menuntut ilmu dan belajar...kini...tempat ku menyalur ilmu dan mengajar...tempat banyak kuluahkan tawa dan canda kini giliran ku untuk melakar tawa dan canda di bibir anak bangsa...

KaTa iTu iNDaH ^_^

DiLaKaR oLeH iNsaN BiaSa... at 6:31 AM 0 YaNg BerkaTa
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, February 11

JaNgaN PerNaH BerHeNTi uNTuK TeRseNyuM =')

apabila hati ini dirundung pilu dan nestapa
apabila diri ini gundah dan gelisah 
jangan pernah berhenti untuk tersenyum
kerana senyuman itulah yang akan menjadi penawar kepada segala duka yang hadir
ibarat manisnya madu yang bisa menghilangkan rasa pahitnya peria

aku sedar Ya ALLAH
aku bukanlah insan yang sempurna 
insan yang sentiasa sabar dan gembira dalam hidup ini
insan yang sentiasa tegar walau dilanda badai
hatiku kadang kala lemah juga Ya ALLAH
aku juga bisa rebah dihambat kedukaan

Ya ALLAH kuatkan hatiku ini
jangan biarkan hati ini terus terendam dalam laut kedukaan
izinkan aku terus bernafas di atas muka bumi-Mu ini
untuk aku teruskan sisa-sisa hidupku ini

aku mahu jadi kuat
kuat menghadapi ujian
sentiasa kuat untuk bertahan
dan kuat untuk terus tersenyum
dan takkan pernah berhenti untuk tersenyum



KaTa iTu iNDaH ^_^

DiLaKaR oLeH iNsaN BiaSa... at 10:09 PM 0 YaNg BerkaTa
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, January 31

aKu DaN MeReKa !



Aku adalah aku dan mereka adalah anak-anak buahku. Hidup dalam sebuah keluarga yang besar sememangnya sangat membahagiakan buatku. Walaupun pada awalnya kami sekeluarga hidup dalam kesempitan namun hari ini kesempitan itu bukan lagi milik kami. Keperitan hidup itu telah lama kami tinggalkan jauh di belakang sana. Aku adalah anak bongsu dalam keluargaku dan merupakan satu-satunya puteri bongsu yang belum berkahwin. Abang dan kakakku semuanya telah mendirikan rumah tangga dan bahagia hidup bersama keluarga tercinta. Aku juga dapat merasai kebahagiaan itu apabila aku dikelilingi oleh anak-anak buahku seramai tujuh orang kesemuanya.

Di sini ingin aku coretan semua keletah anak buahku yang sentiasa bertakhta di kalbu. Karenah dan gelagat mereka yang mencuit hati sering bermain di fikiran. Tangisan dan rengekan mereka yang selalu dirindui tika berada jauh nun di rantauan.

Anak buahku yang pertama Mimie Mahyuni Binti Mahmod. Sekarang berusia 8 tahun dan belajar di darjah dua Sekolah Kebangsaan Contoh. Anak yang baik dan cerdik. Dia berjaya khatam al-Quran seawal umur 6 tahun. Keputusan peperiksaan dan ujiannya sering membuatkan kami tersenyum bangga. Masih ku ingat lagi ketika dia belajar di tadika dia telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan. Bukan sahaja dalam pelajaran malah dia juga sering mengikuti pertandingan seperti pertandingan sajak patriotik. Kenangan dia bersama ku berlatih untuk bersajak amat mencuit hati. Dalam hati ku mungkin bakat itu datang dari diriku juga. Harapan ku padanya semoga dia terus berjaya dan menjadi anak yang solehah.

ini lah anak buahku yang pertama, Mimie Mahyuni.


Anak buahku yang kedua pula ialah Nur Ain Syafiqah Binti Sudirman. Anak yang nakal tapi cerdas. Keletahnya sangat mencuit hati. Mulutnya yang petah berkata-kata ketika usia masih kecil sekitar umur 2 tahun membuatkan siapa saja yang melihatnya pasti tersenyum dan kagum dengan kepetahannya itu. Walaupun dia sering melakukan perkara yang boleh membangkitkan kemarahan namun perasaan kasih dan sayang kepadanya langsung tak pernah berkurang. Kini dia sudah berusia 6 tahun dan telah masuk ke alam persekolahan dalam prasekolah di Sekolah Kebangsaan Contoh. Semoga kepetahannya itu terus membawanya untuk bersama melakar kecemerlangan.

Nur Ain Syafiqa, Si Jantung Hati.

Adam Syafiq Bin Sudirman. Adik kepada si kakak Nur Ain Syafiqa. Anak buahku lelaki yang pertama. Jauh sekali perwatakan antara dua beradik ini bagai langit dengan bumi. Adam biarpun seorang lelaki namun dia pendiam dan pemalu. Mungkin kerana waktu kecilnya dulu dia pernah diserang penyakit menyebabkan antibodinya lemah dan kurang aktif. Alhamdulillah, kini kesihatannya semakin pulih. Biarpun baru berusia 4 tahun namun dia juga tak sabar mahu bersekolah seperti kakaknya. Doaku semoga Adam membesar dengan sihat dan cerdas.

Heroku, Adam Syafiq.
Seterusnya si comelku, Nur Iman Hadhirah Arissa Binti Arsat. Ragamnya tak kurang hebatnya. Sejak kecil lagi dia sering menangis dan tangisannya itu sungguh luar biasa. Sebagai anak sulung kepada kakakku dan pasanganya, dia begitu disayangi dan dimanja. Namun, itu bukanlah alasan untuk dia menjadi anak yang tidak dengar kata. Rupanya dan comel dan badannya yang tembam membuatkan orang lain tidak tahan untuk mendekatinya. Dia juga petah bercakap seawal usia 2 tahun. Karenahnya sering mencetuskan tawa di hati kami semua. Kini, usia sudah 3 tahun dan bakal mempunyai adik baru tidak lama lagi. Dia juga akan menjadi si kakak Iman nanti. Semoga menjadi kakak yang baik dan anak yang berjasa kepada mama dan baba.

Nur Iman Hadhirah Arissa, pengubat duka dan lara.

Seorang lagi hero dalam keluargaku, Adam Aiman Bin Sudirman. Anak kecil yang aktif dan suka bercakap walaupun kadang kala percakapannya itu sukar difahami oleh kami semua. Anak buah ku ini sangat lincah karenahnya. Jarang sekali aku melihatnya duduk diam. Pasti ada saja perkara yang dilakukannya. Dalam usianya yang baru berumur 2 tahun itu, pelbagai ragam yang dia telah tunjukkan pada kami semua. Aiman, semoga terus membesar dengan sihat dan lincah.

Adam Aiman, lincah dan periang.

Marissa Wafa Binti Muhammad, anak buahku yang keenam. Anak yang penyabar dan jarang sekali meragam. Senyumannya membuatkan hati berbunga riang. Baru berusia 8 bulan. Anak tunggal kepada abangku dan pasangannya. Harapanku semoga Marissa membesar dengan lebih sihat. Semoga berat badan Marissa bertambah.
Si comel-comel, Marissa Wafa.

Anak buahku yang terakhir, Mayesa Maisarah Binti Mahmod. Adik kepada Mimie Mahyuni. Berusia 6 bulan. Anak yang sangat comel bagiku. Wajahnya yang polos itu membuatkan orang lain tidak jemu memandangnya. Mewarisi kecantikan dari ibunya. Semoga Mayesa menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.

Mayesa Maisarah, comel dan montel.


Wajah-wajah inilah yang sering ku rindui tika berada jauh di rantauan. Masa singkat yang aku peroleh untuk bersama dengan mereka ku guna sebaik mungkin. Panggilan 'Auntie Ein' dari bibir mereka amat aku rindui. Walaupun mereka membesar jauh dari pandangan mataku namun doa dan harapan ku untuk mereka sentiasa ku kirimkan buat Sang Pencipta.

Anak-anak buah auntie...
Jangan nakal-nakal tau...
Belajar rajin-rajin...
Tuntutlah ilmu dunia dan akhirat...
Jadi anak yang soleh dan solehah...
Ingat, syurga di bawah telapak kaki ibu...
Balas dan hargailah jasa ibu dan bapa...
Auntie Ein sayang kamu semua...

KaTa iTu iNDaH ^_^

DiLaKaR oLeH iNsaN BiaSa... at 7:55 AM 0 YaNg BerkaTa
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

DeTik2x iTu...

Daisypath Happy Birthday tickers

aKaN kU geNggaM...

Daisypath Graduation tickers

CeRiTa HaTi...




Gratisan Musik





Heart Chat Bubble

MaSa iTu eMas...

YaNg MeLaKaR KaTa...

My photo
iNsaN BiaSa...
aku insan biasa yang hidup di muka bumi ini...sekadar melakar kata...meluah rasa hati...terkasar bahasa tersalah kata harap dimaafkan...=)
View my complete profile

MuKa BuKu SaYa

Haslinda Baadu

Create Your Badge

KaTa YaNg TeLaH kU LaKaR...RaSa YaNg TeLaH kU LuaH...

  • ▼  2012 (4)
    • ▼  May (1)
      • ...HaTi iNi MeNaNgis Lagi..
    • ►  March (1)
      • DuLu daN KiNi...SeRuPa TaPi TaK SaMa...
    • ►  February (1)
      • JaNgaN PerNaH BerHeNTi uNTuK TeRseNyuM =')
    • ►  January (1)
      • aKu DaN MeReKa !
  • ►  2011 (6)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)

BeRsaMa MeLaKaR KaTa...

MeNgiNTai KaTa

MeReKa JuGa MeLaKaR KaTa

  • Fatheen Afiqah
    Dirty Grandpa (2016)
    9 years ago
  • Itik Bertelur
    9 years ago
  • Be Noty But Not In Stupidity
    Aku Ingin Pulang
    10 years ago
  • Teacher Jieba
    ECONOMIC husband... :P
    12 years ago

YaNg SuDi BeRsaMa...

BiNTaNg HaTi...

Copyright© All Rights Reserved kumelakarkata.blogspot.com