apabila hati ini dirundung pilu dan nestapa
apabila diri ini gundah dan gelisah
jangan pernah berhenti untuk tersenyum
kerana senyuman itulah yang akan menjadi penawar kepada segala duka yang hadir
ibarat manisnya madu yang bisa menghilangkan rasa pahitnya peria
aku sedar Ya ALLAH
aku bukanlah insan yang sempurna
insan yang sentiasa sabar dan gembira dalam hidup ini
insan yang sentiasa tegar walau dilanda badai
hatiku kadang kala lemah juga Ya ALLAH
aku juga bisa rebah dihambat kedukaan
Ya ALLAH kuatkan hatiku ini
jangan biarkan hati ini terus terendam dalam laut kedukaan
izinkan aku terus bernafas di atas muka bumi-Mu ini
untuk aku teruskan sisa-sisa hidupku ini
aku mahu jadi kuat
kuat menghadapi ujian
sentiasa kuat untuk bertahan
dan kuat untuk terus tersenyum
dan takkan pernah berhenti untuk tersenyum
0 YaNg BerkaTa:
Post a Comment