Aku adalah aku dan mereka adalah anak-anak buahku. Hidup dalam sebuah keluarga yang besar sememangnya sangat membahagiakan buatku. Walaupun pada awalnya kami sekeluarga hidup dalam kesempitan namun hari ini kesempitan itu bukan lagi milik kami. Keperitan hidup itu telah lama kami tinggalkan jauh di belakang sana. Aku adalah anak bongsu dalam keluargaku dan merupakan satu-satunya puteri bongsu yang belum berkahwin. Abang dan kakakku semuanya telah mendirikan rumah tangga dan bahagia hidup bersama keluarga tercinta. Aku juga dapat merasai kebahagiaan itu apabila aku dikelilingi oleh anak-anak buahku seramai tujuh orang kesemuanya.
Di sini ingin aku coretan semua keletah anak buahku yang sentiasa bertakhta di kalbu. Karenah dan gelagat mereka yang mencuit hati sering bermain di fikiran. Tangisan dan rengekan mereka yang selalu dirindui tika berada jauh nun di rantauan.
Anak buahku yang pertama Mimie Mahyuni Binti Mahmod. Sekarang berusia 8 tahun dan belajar di darjah dua Sekolah Kebangsaan Contoh. Anak yang baik dan cerdik. Dia berjaya khatam al-Quran seawal umur 6 tahun. Keputusan peperiksaan dan ujiannya sering membuatkan kami tersenyum bangga. Masih ku ingat lagi ketika dia belajar di tadika dia telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan. Bukan sahaja dalam pelajaran malah dia juga sering mengikuti pertandingan seperti pertandingan sajak patriotik. Kenangan dia bersama ku berlatih untuk bersajak amat mencuit hati. Dalam hati ku mungkin bakat itu datang dari diriku juga. Harapan ku padanya semoga dia terus berjaya dan menjadi anak yang solehah.
 |
ini lah anak buahku yang pertama, Mimie Mahyuni. |
|
|
Anak buahku yang kedua pula ialah Nur Ain Syafiqah Binti Sudirman. Anak yang nakal tapi cerdas. Keletahnya sangat mencuit hati. Mulutnya yang petah berkata-kata ketika usia masih kecil sekitar umur 2 tahun membuatkan siapa saja yang melihatnya pasti tersenyum dan kagum dengan kepetahannya itu. Walaupun dia sering melakukan perkara yang boleh membangkitkan kemarahan namun perasaan kasih dan sayang kepadanya langsung tak pernah berkurang. Kini dia sudah berusia 6 tahun dan telah masuk ke alam persekolahan dalam prasekolah di Sekolah Kebangsaan Contoh. Semoga kepetahannya itu terus membawanya untuk bersama melakar kecemerlangan.
 |
Nur Ain Syafiqa, Si Jantung Hati. |
|
|
Adam Syafiq Bin Sudirman. Adik kepada si kakak Nur Ain Syafiqa. Anak buahku lelaki yang pertama. Jauh sekali perwatakan antara dua beradik ini bagai langit dengan bumi. Adam biarpun seorang lelaki namun dia pendiam dan pemalu. Mungkin kerana waktu kecilnya dulu dia pernah diserang penyakit menyebabkan antibodinya lemah dan kurang aktif. Alhamdulillah, kini kesihatannya semakin pulih. Biarpun baru berusia 4 tahun namun dia juga tak sabar mahu bersekolah seperti kakaknya. Doaku semoga Adam membesar dengan sihat dan cerdas.
 |
Heroku, Adam Syafiq. | | |
|
Seterusnya si comelku, Nur Iman Hadhirah Arissa Binti Arsat. Ragamnya tak kurang hebatnya. Sejak kecil lagi dia sering menangis dan tangisannya itu sungguh luar biasa. Sebagai anak sulung kepada kakakku dan pasanganya, dia begitu disayangi dan dimanja. Namun, itu bukanlah alasan untuk dia menjadi anak yang tidak dengar kata. Rupanya dan comel dan badannya yang tembam membuatkan orang lain tidak tahan untuk mendekatinya. Dia juga petah bercakap seawal usia 2 tahun. Karenahnya sering mencetuskan tawa di hati kami semua. Kini, usia sudah 3 tahun dan bakal mempunyai adik baru tidak lama lagi. Dia juga akan menjadi si kakak Iman nanti. Semoga menjadi kakak yang baik dan anak yang berjasa kepada mama dan baba.
 |
Nur Iman Hadhirah Arissa, pengubat duka dan lara. |
|
Seorang lagi hero dalam keluargaku, Adam Aiman Bin Sudirman. Anak kecil yang aktif dan suka bercakap walaupun kadang kala percakapannya itu sukar difahami oleh kami semua. Anak buah ku ini sangat lincah karenahnya. Jarang sekali aku melihatnya duduk diam. Pasti ada saja perkara yang dilakukannya. Dalam usianya yang baru berumur 2 tahun itu, pelbagai ragam yang dia telah tunjukkan pada kami semua. Aiman, semoga terus membesar dengan sihat dan lincah.
 |
Adam Aiman, lincah dan periang. |
|
Marissa Wafa Binti Muhammad, anak buahku yang keenam. Anak yang penyabar dan jarang sekali meragam. Senyumannya membuatkan hati berbunga riang. Baru berusia 8 bulan. Anak tunggal kepada abangku dan pasangannya. Harapanku semoga Marissa membesar dengan lebih sihat. Semoga berat badan Marissa bertambah.
 |
Si comel-comel, Marissa Wafa. |
|
Anak buahku yang terakhir, Mayesa Maisarah Binti Mahmod. Adik kepada Mimie Mahyuni. Berusia 6 bulan. Anak yang sangat comel bagiku. Wajahnya yang polos itu membuatkan orang lain tidak jemu memandangnya. Mewarisi kecantikan dari ibunya. Semoga Mayesa menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.
 |
Mayesa Maisarah, comel dan montel. |
|
|
Wajah-wajah inilah yang sering ku rindui tika berada jauh di rantauan. Masa singkat yang aku peroleh untuk bersama dengan mereka ku guna sebaik mungkin. Panggilan 'Auntie Ein' dari bibir mereka amat aku rindui. Walaupun mereka membesar jauh dari pandangan mataku namun doa dan harapan ku untuk mereka sentiasa ku kirimkan buat Sang Pencipta.
Anak-anak buah auntie...
Jangan nakal-nakal tau...
Belajar rajin-rajin...
Tuntutlah ilmu dunia dan akhirat...
Jadi anak yang soleh dan solehah...
Ingat, syurga di bawah telapak kaki ibu...
Balas dan hargailah jasa ibu dan bapa...
Auntie Ein sayang kamu semua...
KaTa iTu iNDaH ^_^