-->

SeGaLaNya Di SiNi...^_^

Di SiNi kU MeLaKaR KaTa-KaTa...Di SiNi kU LuaH RaSa HaTi...

KaTa iTu iNDaH...

KaDaNg KaLa kiTa keCeWa DaN BeRseDiH TiKa TuHaN TuRuNkaN HuJaN TiKa TeRik MeNTaRi...TeTaPi KeTaHuiLaH BaHaWa TuHaN seBeNaRnYa iNgiN MeNgHaDiaHkaN kiTa PeLaNgi YaNg LeBiH iNDaH kePaDa kiTa...JaDi...uSaH BeRseDiH...

PeNyeRikU....


LaTaRkU...

WeLcOme...!!!


Thursday, September 22

DeTiK WakTu YaNg BeRLaLu...






pejam celik pejam celik
pantas sahaja masa yang berlalu
meninggalkan kita yang sering leka dan alpa
meninggalkan seribu satu kenangan
 ada yang manis untuk dikenang
 dan ada juga yang pahit untuk ditelan

tak ku sedar detik waktu yang berlalu
menjadikan aku lebih dewasa mengenal erti kehidupan
mengajar aku makna perjuangan
di luar sana mahupun di dalam ini telah kulalui semuanya
tak ku sedar detik waktu yang berlalu
itu dan ini sudah lama berlalu
kini diriku bukan yang dulu lagi
semalam pasti tak sama hari ini
walau gelap cahaya semalam 
namun hari ini  masih ada harapan untuk cahaya kembali bersinar

detik waktu yang berlalu 
pasti tak dapat kembali lagi
sekali ia pergi selamanya ia pergi
tak ada salahnya menoleh ke belakang untuk kita mencari sinar pengajaran
namun jangan sekali kembali ke belakang
untu diulang kesilapan semalam
pandanglah ke hadapan dan teruskan langkahmu
hargai detik ini kerana detik ini juga akan menjadi detik waktu yang berlalu



KaTa iTu iNDaH ^_^

DiLaKaR oLeH iNsaN BiaSa... at 8:27 AM 0 YaNg BerkaTa
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, May 9

A.D.A.M.....=,(


insan kaum adam itu telah meruntun hatiku...aku kah yang terlalu lemah atau dia yang begitu cerdik mengambil hati ku...membelai hati ku....sudah berkali-kali cuba ku buang perasaan ini terhadapnya namun gagal belaka....kadang kala aku sendiri tidak mengerti akan perasaan ku ini...tentang diri ini...tentang hati ini...mengapa begitu sukar untuk aku buang bayangan dirinya dari hati  dan ingatan hati ku...sungguh aku tak biasa hidup tanpa kehadirannya di sisiku...sungguh hati ku masih sayang pada dirinya....namun apa lah ertinya jika hanya aku seorang saja yang memendam perasaan ini...sedangkan dirinya begitu bahagia dengan insan yang lebih layak bersama dirinya....

biarkanlah...biarkan aku derita sendiri...biarkan aku yang terseksa sendiri...aku rela...asalkan dia bahagia bersama insan yang dia sayangi...sungguh api cemburu begitu marak membakar tika melihat dia bersama yang lain...namun perasaan itu harus ku pendam sahaja...tidak ada gunanya jika aku melontarkan api itu...buruk padahnya nanti...

hanya satu yang ku pinta pada mu wahai kaum adam...hentikanlah permainkan perasaan ku ini....cukuplah belaian yang telah kau berikan pada hatiku ini...usahlah kau memberi janji palsu pada ku lagi...usahlah kau tabur lagi bunga-bunga harapan dalam hati ku lagi...cukuplah derita yang terpaksa ku lalui terhadapmu selama ini....aku khilaf lagi kali ini...

"Ya ALLAH...hamba mohon petunjuk dan pertolongan daripada Mu ya ALLAH...berikanlah kekuatan kepada diri hamba untuk menghadapi kenyataan dan suratan ini...jangan biarkanlah diri hamba lemah dan kosong hanya kerana kaum adam ini ya ALLAH..."

KaTa iTu iNDaH ^_^

DiLaKaR oLeH iNsaN BiaSa... at 7:32 AM 2 YaNg BerkaTa
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, April 24

RaNJaU sePaNJaNg JaLaN...

 

ranjau sepanjang jalan...salah satu novel karya sasterawan negara Shahnon Ahmad...ku pinjam judul itu untuk ku sematkan dalam ruangan ini...judul yang bakal melakar makna di sebalik semua ranjau yang telah ku lalui dalam sebuah perjalanan...perjalanan untuk sampai ke tahap sekarang ini...perjalanan untuk bergelar seorang guru pelatih di sebuah institut pendidikan guru yang terkemuka...

bermula sebagai seorang anak kecil yang tinggal di sebuah kampung dan bersekolah di sebuah sekolah yang terletak di kampung itu...siapa sangka anak kecil itu boleh membesar dan berjaya menjadi insan yang bakal mencurah khidmat dan bakti buat anak bangsa yang lain...perjalanan yang dimulakan dengan liku dan ranjau yang perit...berbekalkan keazaman untuk tidak terus mewarisi kejahilan dan kemiskinan itu...aku nekad untuk terus berjaya...tidak ku hirau badai yang datang menghalang citaku..

dahulu...aku dan keluargaku hidup dalam kesempitan...bayangkan seorang ibu tunggal membesarkan enam orang anak yang masih kecil dan semuanya masih di bangku sekolah lagi...sememangnya sukar untuk kami sekeluarga untuk hidup dengan mewah...walau sedikit sahaja...namun kasih sayang yang ibu curahkan mengatasi segala kekurangan itu....

alhamdulillah...kini...semuanya sudah berubah....keperitan hidup itu sudah pergi meninggalkan kami sekeluarga...kejayaan demi kejayaan telah berjaya kami lakar adik-beradik...dan aku akan melakar kejayaan terakhir itu kelak...insya-ALLAH...jika hendak dibandingkan dengan adik-beradik ku yang lain...aku boleh dikatakan antara yang beruntung kerana hari-hari persekolahan ku di peringkat menengah dan tinggi tidaklah sesukar hari-hari mereka dulu...aku boleh saja menuntut ilmu dengan tenang dan mudah kerana abang kakak ku yang lain telah berjaya dan boleh menanggung perbelanjaan pengajian ku...ku ingat lagi keperitan mereka dahulu...terpaksa mengikat perut dan berjimat cermat kerana tika itu ibu belum lagi mampu untuk menghulurkan wang perbelanjaan yang cukup kerana terpaksa membahagikan wang itu kepada keenam-enam anaknya yang sedang bersekolah...

sejak dari kecil lagi...aku memang sudah terdidik untuk hidup berdikari...segala-galanya ku lakukakan sendiri tanpa mengaharapkan bantuan orang lain...di dalam jiwa ku ini sudah tersemat kukuh prinsip hidup yang begitu utuh menjadi pegangan ku..."jikalau kita mampu lakukan sendiri, mengapa perlu diharapkan bantuan orang lain..." mungkin prinsip inilah yang membuatkan semua ranjau yang mewarnai perjalanan ku selama ini dapat aku hadapi...

ingatlah..apa yang terjadi...berjalanlah tanpa henti...kerana di hujung perjalanan itu pasti ada cahaya kebahagiaan yang menanti...walau gelap mana pun perjalanan yang terpaksa dilalui...berjalanlah dengan yakin...kelak akan ditemui sinar bahagia itu...

KaTa iTu iNDaH ^_^

DiLaKaR oLeH iNsaN BiaSa... at 11:16 PM 0 YaNg BerkaTa
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, April 23

BiLa kU iMBas KeMBaLi...(siRi 1)

bila ku imbas kembali...aku terkenang semula kenangan di kala usia masih rebung...di kala dunia segala indah bagiku...di kala itu tidak ada satu pun perkara yang membuatkan otak juga fikiran ku sarat dengan permasalahan...segala-galanya indah dan ceria buatku...ku ingat lagi tika aku masih kecil...semuanya sempurna bagiku meskipun ada insan lain yang lebih sempurna dan hidup dengan mewah daripada diri ku ini...

masih ku ingat lagi...dahulu aku pernah menjadi kebanggaan ibu...menjadi kebanggaan keluarga...kerana di waktu kecilku aku boleh dikatakan anak kecil yang berbakat...meskipun tidak berbakat besar...tetapi cukuplah sekadar menjadi yang terbaik dalam kalangan teman sepermainanku yang lain...benar...buktinya aku telah dinobatkan sebagai tokoh murid di sekolah ku tika aku menamatkan persekolahan di bangku sekolah rendah...alhamdulillah...bukan itu yang ku cari sebenarnya...bukan pujian dan pengiktirafan itu yang ku pinta sebenarnya...tapi cukuplah melihat ibu tersenyum dan membuatkan ibu menitiskan air mata kegembiraan pabila aku berjaya berdiri di atas pentas sekolah sebagai tokoh murid yang berjaya...itulah yang sebenarnya aku inginkan...itulah sebenarnya yang aku ingin buktikan...anak kecil yang tidak pernah merasakan kasih sayang seorang ayah juga boleh berjaya....ibu tunggal yang kematian suami juga boleh mendidik anaknya untuk berjaya...
 
kenangan-kenangan di waktu kecilku bermain-main di ingatanku...semuanya masih segar dalam lubuk sanubariku...tak kan aku lupakan sepanjang hidupku...kenangan-kenangan itulah yang membuatkan aku membesar dan tumbuh menjadi seorang gadis yang kuat dan tegar akan semua cabaran yang mendatang...kasih sayang dan tunjuk ajar ibu yang begitu kuat meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anaknya dengan kudrat tulang empat kerat membuatkan aku juga ingin menjadi seperti ibu...kuat dan tabah...

ku ingat lagi ketika aku berjaya terpilih untuk menyertai pertandigan bercerita kisah-kisah nabi dalam Majlis Tadarus al-Quran (MTQ)...antara kenangan manis yang menghiasi hari-hari ku tika di bangku sekolah...perjalanan menuju kejayaan itu sememangnya tidak mudah dan harus dipenuhi dengan keringat dan usaha daripada kita yang inginkan kejayaan itu...ku ingat lagi liku-liku yang terpaksa aku hadapi bersama seorang ustazah ku yang begitu bertanggungjawab dan prihatin terhadap diriku dan dialah tonggak kejayaan itu...bermula daripada peringkat bawah...sedikit demi sedikit kami terus mengorak langkah mendaki peringkat yang lebih tinggi...sesungguhnya usaha itu tidak pernah dipersiakan...akhirnya aku berjaya...dan kejayaan itu menjadi kebanggaan yang lain...


buat ustazah ku yang telah lama tidak ku bersua muka...terima kasih untuk segalanya...memori bersama dengan mu sentiasa ku kenang...semoga ustazah hidup dengan bahagia dan aman...insya-ALLAH...anak didikmu ini sentiasa mendoakan dirimu...

KaTa iTu iNDaH ^_^

DiLaKaR oLeH iNsaN BiaSa... at 10:15 PM 0 YaNg BerkaTa
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

KeLuaRga BaRu...

keluarga baru...siapa mereka...??? siapa keluarga baru ku...??? kawan, sahabat, teman, rakan...mereka la keluarga baru ku di sini...di tempat aku menuntut ilmu...di tempat usia remaja ku banyak berlalu di sini...di tempat ini jugalah aku banyak belajar erti kehidupan...dan mereka inilah yang mengajar aku erti itu...sahabat adalah keluarga baru aku pabila berada jauh dari keluarga sebenar...pesan ibu sentiasa ku pahat dalam ingatan..."pandai-pandai membawa diri di tempat orang...jaga diri jaga maruah jaga air muka ibu dan keluarga..." insya-ALLAH...akan ku tunaikan pesan ibu...

sahabat yang baik adalah sahabat yang sanggup berkongsi suka dan duka...sanggup menerima baik dan buruk...sentiasa bersama tika senang mahupun susah...rela mendengar gelak dan tangis...adat dunia...perkara yang baik amat sukar dicari dalam hidup ini...ibarat mencari mutiara di dasar lautan...terpaksa bertarung nyawa untuk mendapatkannya...begitu juga sahabat yang baik...aku telah lalui semua ini...pelbagai rintangan yang telah aku lalui sebelum bertemu sahabat sejati yang dicari selama ini...sehingga aku pernah tersalah pilih...ku sangkakan dia mutiara yang ku cari...rupanya dia hanya mutiara tiruan yang akhirnya luntur kilaunya pabila sudah jemu bersamaku...dia akhirnya pergi meninggalkan ku sendiri...berkali-kali ku cuba baiki keadaan itu namun semua sia-sia belaka...akhirnya aku pasrah...biarlah aku yang mengalah...alhamdulillah masih ada insan yang sanggup menemani diri ini...

mereka hadir tika aku keseorangan...menerima aku seadanya...mereka dulu yang pernah aku abaikan...akhirnya mereka menjadi sahabat sejatiku...merekalah mutiara yang ku jumpa di dasar lautan itu...sinar dan kilauannya sentiasa menyinari hari-hariku...tidak pernah malap dan pudar walau sentiasa bersama selamanya...
terima kasih sahabatku...terima kasih keluarga baruku...semoga ikatan ukhwah yang suci ini akan tetap terjalin abadi dalam sanubari kita...semoga ada hikmah yang terpancar daripada ikatan ini dan terus bersemi hingga ke syurga...insya-ALLAH...amin...

Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ke tepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selama-lamanya… setia…

lirik lagu sahabat selamanya nyanyian kumpulan padi ini khas untuk sahabat-sahabatku...





kita SAHABAT SELAMANYA...

KaTa iTu iNDaH ^_^

DiLaKaR oLeH iNsaN BiaSa... at 9:55 AM 0 YaNg BerkaTa
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

BeRMuLa LaGi...

bermula lagi sebuah episod baru dalam hidupku...sebuah perjalanan baru yang bakal mendewasakan aku...episod baru yang belum lagi pasti sama ada ia akan mencorak warna ceria nan indah atau bakal mempalit cat hitam dalam kanvas hidupku...rasa ini sememangnya indah...episod ini sememangnya membuai perasaanku...kadang kala aku seakan hidup di dunia yang baru...hidup ini berubah sejak kehadirannya dalam hatiku...kehadirannya dulu yang pernah aku abaikan dan aku siakan...tapi kini dirinya menjadi mentari hidupku kala siang...bulan bintang hidupku kala malam...dirinya yang sering membuai perasaan ini...dirinya bijak menawan hatiku...episod baru ini akan melakar sebuah perjalanan baru dalam hidupku...episod baru ini bakal mencoretkan lebih banyak suka dan duka dalam hidupku...

dia berjaya menawan hatiku...membelai perasaan ini...menjaga diri ini...sungguh...aku menyayangi dirinya...benar...aku menyintainya...dia penawar duka hidupku...dia penyeri hidupku...rasa ini sentiasa tersemat dalam jiwaku...berkali-kali cuba ku buang...berkali-kali cuba ku lontar..namun perasaan ini semakin subur tertanam dalam lubuk hatiku...aku berasa selamat berada dalam jagaannya...aku berasa aman berjalan seiring dengannya...aku berasa bahagia duduk bersamanya...

ku akui diri ini begitu muda untuk berkasih...hati ini terlalu awal untuk menyinta...debar di hati yang berdegup tika bersama dengannya membuktikan dia terlalu istimewa buatku...diri ini tidak pernah berkasih dengan insan lain...diri ini khilaf dalam percintaan...rasa apakah yang sedang ku alami terhadap kaum adam ini...? inikah yang dinamakan cinta...? wajarkah dibiarkan rasa ini terus tersemat di hati...? 

"Ya ALLAH, Ya Tuhanku, hamba mohon berilah petunjukMu atas semua persoalan ini....hamba mohon peliharalah diri hamba ini ya ALLAH...jauhi hamba daripada perkara mungkar yang bakal meragut keredhaanMu ya ALLAH..." ku kirimkan doa kudus buat sang pencipta semoga DIA akan membantuku dalam hidup ini sesungguhnya hanya padaNYA aku berserah dan hanya padaNYA aku memohon pertolongan...

KaTa iTu iNDaH ^_^

DiLaKaR oLeH iNsaN BiaSa... at 7:00 AM 0 YaNg BerkaTa
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

DeTik2x iTu...

Daisypath Happy Birthday tickers

aKaN kU geNggaM...

Daisypath Graduation tickers

CeRiTa HaTi...




Gratisan Musik





Heart Chat Bubble

MaSa iTu eMas...

YaNg MeLaKaR KaTa...

My photo
iNsaN BiaSa...
aku insan biasa yang hidup di muka bumi ini...sekadar melakar kata...meluah rasa hati...terkasar bahasa tersalah kata harap dimaafkan...=)
View my complete profile

MuKa BuKu SaYa

Haslinda Baadu

Create Your Badge

KaTa YaNg TeLaH kU LaKaR...RaSa YaNg TeLaH kU LuaH...

  • ►  2012 (4)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (6)
    • ▼  September (1)
      • DeTiK WakTu YaNg BeRLaLu...
    • ►  May (1)
      • A.D.A.M.....=,(
    • ►  April (4)
      • RaNJaU sePaNJaNg JaLaN...
      • BiLa kU iMBas KeMBaLi...(siRi 1)
      • KeLuaRga BaRu...
      • BeRMuLa LaGi...

BeRsaMa MeLaKaR KaTa...

MeNgiNTai KaTa

MeReKa JuGa MeLaKaR KaTa

  • Fatheen Afiqah
    Dirty Grandpa (2016)
    9 years ago
  • Itik Bertelur
    9 years ago
  • Be Noty But Not In Stupidity
    Aku Ingin Pulang
    10 years ago
  • Teacher Jieba
    ECONOMIC husband... :P
    12 years ago

YaNg SuDi BeRsaMa...

BiNTaNg HaTi...

Copyright© All Rights Reserved kumelakarkata.blogspot.com